Friday, January 23, 2015

CHANGLUN, KEDAH


CHANGLUN, KEDAH
(dipetik daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas)

Koordinat: 6°26′N 100°26′E Changlun merupakan sebuah bandar kecil terletak lebih kurang 42 KM di bahagian utara Bandaraya Alor Setar. Changlun berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah (chang) Jatuh (lun).
Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada. Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis. Anda juga dinasihat untuk menggunakan lebuh raya ini untuk mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Lebuh Raya ini tidak dikenakan pembayaran tol.
Pekan Changlun mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat. Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.

Prasarana

Institusi pendidikan:
o    SMK Changlun
o    SRK Dato' Wan Kemara
o    SRJK (C) Yit Min
o    SRJK Tamil
o    Kolej Matrikulasi Kedah
o    Sekolah Agama at-Toyyibah, Kampung Padang Halban

Institusi Sosial/Kebajikan:
o    Klinik Kesihatan
o    Pejabat Pos
o    Hentian Bas Tempatan / Ekspres
o    Masjid
o    Bank (Public Bank, CIMB, Maybank, BSN

Stesen Minyak
o    Petronas
o    Caltex ( Arah selatan & arah utara lebuhraya PLUS)
o    Caltex ( Jalan UUM Sintok)
o    Shell
o    Buraq Oil (Jalan Kodiang)
o    BHP (Jalan Kodiang)

Pasaraya
o                                 Pasar Pagi dan Petang
o                                 C-mart (kompleks Changlun)

No comments:

Post a Comment